HomeSARAWAKFadilah: Sarawak Masih Perlukan Taib
randausarawak.net

Fadilah: Sarawak Masih Perlukan Taib

Pehin Sri Abdul Taib MahmudSHAH ALAM – Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Datuk Fadilah Yusuf berkata, Sarawak masih memerlukan khidmat Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud untuk mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Sebelum ini, media melaporkan Taib perlu mengundur diri sebagai Ketua Menteri Sarawak kerana kredibilitinya telah tergugat.

Menurutnya, rakyat negeri itu masih memberi sokongan kepada Taib walaupun kebelakangan ini dilanda pelbagai kontroversi.

Beliau berkata, pengunduran Taib pada PRU13 akan memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN).

“… Sarawak masih memerlukan khidmat Taib. Walaupun beliau ditohmah, namun rakyat masih memberi sokongan dan mengharapkannya.

“Jika Taib undur pada PRU13, (ia) akan melemahkan BN,” katanya kepada pemberita pada Karnival Karangkraf 2013 hari ini.

Sebelum ini, Taib yang juga Presiden PBB telah dilanda pelbagai kontroversi yang melibatkan soal pemerdagangan kayu balak.

Mengulas lanjut, Fadilah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, keputusan akhir terletak pada tangan Taib sendiri.

“Jika beliau mahu letak jawatan biarlah daripadanya sendiri, kalau Taib turun menjadi Ketua Menteri ini akan menggugat BN di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu ketika menjawab soalan sama ada Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN, beliau berkata, beliau yakin ia akan kekal negeri pimpinan BN.

“Sarawak akan terus menjadi simpanan tetap BN, insya-ALLAH, PRU sebelum ini pun menunjukkan BN Sarawak menang dua per tiga,” katanya lagi.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida