HomeSARAWAKBERITAFadillah terkejut khabar angin beliau keluar BN
randausarawak.net

Fadillah terkejut khabar angin beliau keluar BN

SUMBANGAN RAYA: Fadillah menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Masjid Darul Hannah, Kampung Patingan, Kuching semalam.

KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof menafikan bahawa beliau keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


“Saya masih kekal bersama BN dan masih meneruskan tugas-tugas sebagai timbalan menteri persekutuan dan wakil rakyat kawasan Petra Jaya,” kata-nya ditemui pemberita pada majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Darul Hannah, Kampung Patingan, di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Fadillah dan Ahli Parlimen Santu-bong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dikatakan telah keluar BN dan me-nyertai PKR seperti mana yang dilakukan oleh dua Ahli Parlimen dari Sabah.

Menurut Fadillah, pihak pembangkang seperti ‘penjual ubat’ pergi ke Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain untuk menjual ubat mereka (memancing wakil rakyat).

Tetapi katanya, rakyat sememang-nya sudah memahami ‘ubat-ubat’ mereka yang sudah tidak berkesan lagi.

“Malah, kita juga akui bahawa pemimpin PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang datang berkali-kali ke sini (Sarawak) tidak mendapat sambutan lagi,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja cara untuk menarik hati rakyat lebih-lebih lagi menjelang musim pilihan raya.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak berkata bahawa semua wakil rakyat (Ahli Parlimen) BN Sarawak masih kekal ber-sama perjuangan kerajaan BN.

“Saya percaya semua Ahli Parlimen parti komponen BN Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan ‘tawaran’ pembangkang menyertai mereka,” katanya.

Ditanya adakah beliau yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, Fadillah berkata: “Jika diberi peluang bertan-ding semula, insya-Allah saya yakin boleh menang.”

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida