Wednesday, November 27, 2024

Fenomena ‘belalai air’ bukan taufan di Bintulu dan Miri (video)

belalai-air-bintulu

Fenomena ‘belalai air’ iaitu pusaran angin yang hanya berlaku di permukaan air melanda kawasan pesisiran utara Sarawak iaitu di Bandar Bintulu dan Bandaraya Miri, hari ini.

Fenomena yang pada mula menimbulkan keresahan penduduk di sekitar kawasan terbabit, sehinggakan ramai yang berkongsi gambar dalam media sosial seperti Facebook serta Twitter, berakhir dengan kelegaan apabila tiada kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dilaporkan.
belalaiair

Belalai air paling jelas dapat dilihat di Bintulu manakala di Miri hanya dapat dilihat di kawasan Niah dan mengikut saksi, fenomena belalai air di Bintulu berlaku antara 8.30 pagi dan 10 pagi.

Francis Ngu, 39, yang telah menetap di Bintulu lebih 20 tahun berkata, ketika kejadian cuaca amat gelap dan kebanyakan orang berkejar ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena berkenaan.

“Saya dimaklumkan oleh rakan serta melihat gambar dikongsi dalam media sosial dan saya terus memandu ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Francis berkata, fenomena itu berlaku dalam tempoh tidak sampai 20 minit namun mengakui ia pengalaman menakutkan kerana bimbang ia akan berlanjutan ke darat dan membahayakan penduduk.

“Saya dah lama menetap di Bintulu dan ini pertama kali saya menyaksikan kejadian ini,” katanya.

 

 

Berkaitan - Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini/Latest

Popular