HomeNASIONALFenomena Laut Merah Di Perairan Lawas Dipantau
randausarawak.net

Fenomena Laut Merah Di Perairan Lawas Dipantau

RedTideKUCHING  — Jabatan Perikanan Laut Sarawak memantau perairan di pesisir Lawas susulan fenomena air laut merah di Sabah dan Teluk Brunei, kata timbalan pengarahnya Bohari Leng.


Beliau berkata industri perikanan dan pengguna di negeri ini tidak perlu bimbang memandangkan tiada kes yang direkodkan akibat memakan kerang-kerangan beracun atau ikan pelagik yang terjejas akibat air laut merah di Sarawak.

“Kami memantau pesisir Lawas sejak awal bulan ini kerana lokasinya dekat dengan Sabah dan keputusan sampel yang diambil dijangka siap menjelang Isnin depan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

pelagikFenomena ini berlaku akibat spesies plankton laut tertentu yang berkembang dengan tiba-tiba dan mengeluarkan kimia toksik berbahaya serta menjadikan air laut berwarna merah.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kebanyakan kerang-kerangan dan ikan yang dimakan di Sarawak adalah selamat memandangkan hasil laut itu diimport dari tempat lain selain Lawas.

Bagaimanapun agensi berkaitan sentiasa menasihati pengguna supaya membuang organ dalaman ikan dan membasuh dengan bersih sebelum dimakan, katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida