HomeSARAWAKBERITAGempar bangunan KWSP Miri dilontar bom petrol
randausarawak.net

Gempar bangunan KWSP Miri dilontar bom petrol

MIRI: Kira-kira 30 pelanggan yang sedang beratur di luar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Miri di Jalan Melayu di sini, gempar apabila bangunan terbabit dilempar bom petrol petang ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bom petrol berkenaan dipercayai dibaling individu tidak dikenali.

Difahamkan ketika kejadian, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut berada di luar bangunan bagi memantau orang ramai yang berurusan dengan KWSP.

Seorang saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, dia nampak seorang lelaki yang bertatu meletakkan motosikal beberapa meter dari bangunan KWSP sebelum melontar bom petrol ke arah aras satu bangunan.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan orang awam cuba untuk mengepung lelaki berkenaan namun gagal kerana dia memecut laju motosikal yang ditunggangnya,” katanya.

Katanya, mujur insiden itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa kepada orang ramai dan kakitangan bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan menerima makluman berhubung kejadian.

“Pihak kita sedang mengumpulkan maklumat serta menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden itu.

“Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berkaitan dengan kekecewaan kerana gagal memohon i-Sinar seperti yang tular di media sosial,” katanya.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dilakukan termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di bangunan berdekatan.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida