Giliran Haziq Pula Buat Laporan Polis

3

Selepas  Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi membuat laporan polis berhubung video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi tadi, giliran Haziq aziz pula membuat laporan polis.

haziq yang memuat naik gambar laporan polis yang dibuatnya di Balai polis Kelana jaya di laman Facebook peribadinya  dengan ayat ” Anda boleh memanggil saya apa sahaja yang anda mahu tetapi saya tidak pernah membangkitkan pembohongan.

antara ayat di dalam laporan polis yang dibuat

saya haziq abdullah bin abdul. aziz tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk menyangkal segala tihmahan yang dibuat oleh netizen, cybertrooprs, yb Hilman Idham serta yang lain.

saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri selepas membuat pengakuan bersumpah.
saya begitu takut tetapi tenang seketika apabila YB dr. Azmin Ali mengarahkan Setiausaha Politiknya, YB Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di Zest Restaurant di Marriot Putrajaya pada hari kejadian itu
beliau paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang telah tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.
saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya
selepas saya menolak desakan beliau, dia membuat ugutan dan berkata ini akan berakhir dalam masa 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong katanya
saya begitu kecewa dengan DS Azmin yang saya pandang tinggi tetapi menyedari timbalan presiden PKR adalah seorang lelaki yang sakit kerana tergamak merakam video aksi ranjang.

YB hilman Idham telah menyatakan pelbagai tohmahan negatif terhadap saya namun tidak menyatakan fakta bahawa beliau ada menemui saya pada 12/6/2019 pada masa lebih kurang 2.40 PM dan mengugut saya untuk menipu untuk YBM DS Azmin Ali tentang kejadian tersebut saya enggan dan beliau kata dalam 48 jam beliau akan “clearkan” semua tanpa tanpa saya menipubagi pihak YBM DS Azmin Ali.

Saya telah dianiayai, diperdaya dan diugut oleh YB Hilman Idham dan juga pihak tertentu yang bersubahat denga YBM DS Azmin Ali.

Saya membuat laporan polis ini kerana takut apa-apa akan terjadi kelada saya di kemudian hari.

Sekian report saya

Azmin dalam kenyataan semalam fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah untuk menjatuhkan imej dalam kerjaya politiknya.

Timbalan Presiden PKR itu turut menegaskan beliau akan menggunakan segala saluran undang undang yang ada untuk mengesan dan menangkap individu yang menyerang dengan cara berselindung.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here