HomePRN SARAWAKGPS cukup berkemampuan perolehi kepercayaan rakyat Sarawak - BN
randausarawak.net

GPS cukup berkemampuan perolehi kepercayaan rakyat Sarawak – BN

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memerlukan ‘campur tangan luar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini, kerana pemimpin-pemimpinnya cukup berkemampuan untuk memperolehi kepercayaan rakyat Sarawak.


Sehubungan itu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan berkata BN tidak akan menurunkan jenteranya pada PRN ini.

“Tetapi jika ada keperluan untuk beberapa orang pemimpin BN untuk membantu, kami akan sentiasa ada di sini. Tetapi buat masa ini, tidak, kerana kami rasakan kepimpinan GPS adalah terbaik untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri ini dan mendapat kepercayaan daripada rakyat Sarawak sendiri,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, yang turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamed berkata kunjungan pemimpin-pemimpin BN ke Sarawak bertujuan memberikan sokongan moral kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan GPS, dalam menghadapi PRN Sarawak ke-12.

Beliau berkata BN secara rasmi tidak akan menyertai PRN Sarawak buat pertama kali.

“Saya berharap rakyat negeri Sarawak dapat memberikan mandat yang besar kepada parti GPS semasa pilihan raya negeri akan datang. Kestabilan perlu ada jika kita hendak pembangunan dan kemakmuran,” katanya.

Mohamad turut menegaskan penggunaan bendera dan logo Dacing BN tidak dibenarkan dalam kempen PRN Sarawak.

BN menurut beliau, akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau mana-mana individu menggunakan lambang parti itu dalam kempen PRN di Sarawak.

“Selain daripada GPS, kita tidak ada parti yang mesra dengan Barisan Nasional. Jadi kita tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan lambang Dacing, kerana Barisan Nasional tidak menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak ini,” tambahnya.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 6 Dis ini, pengundian awal pada 14 Dis manakala 18 Dis pula adalah hari pengundian PRN Sarawak.

— BERNAMA

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida