Gurauan Hari Lahir Abam Bocey Ditunaikan

7

Sehari selepas pemergian Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Ahmad Ridzuan (Abam Bocey ) sahabat karibnya Acey memuatnaik kiriman di laman Instagram hari ni

katanya, Allahyarham pernah menitipkan pesanan kepadanya dan Fad Bocey agar mengebumikannya jika dia meninggal dunia

” Telah Aku tunaikan bamm… walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan… #bocey #kitabaikramaisayang …”

 

View this post on Instagram

 

Telah Aku tunaikan bamm… walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan… #bocey #kitabaikramaisayang …

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Jenazah abam selamat disemadikan di tanah perkuburan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira 7.30 petang selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Ribuan keluarga, teman rapat, rakan seni juga turut kelihatan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan sebagai penghormatan terakhir.

Syed Umar, 32, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sg Salak, Batu 10, Jalan Gombak, pagi tadi selepas dikatakan mengalami demam panas selama dua hari.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Siti Norhidayah Mohd Ali dan seorang anak  lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lima bulan.

Selain Syed Umar, dua lagi ahli kumpulan Bocey ialah Muhammad Fadzlie Nizam (Fad Bocey) dan Mohd Nasir bin Hamzah (Achey Bocey).

Alfatihah…

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here