HomeNASIONALGuru sarat mengandung maut selepas keretanya bertembung pacuan empat roda
randausarawak.net

Guru sarat mengandung maut selepas keretanya bertembung pacuan empat roda

MAUT - Cikgu Norrozyana adalah seorang guru yang berasal dari Perak dan telah bertugas di neg­eri ini sejak 2009,
MAUT – Cikgu Norrozyana adalah seorang guru yang berasal dari Perak dan telah bertugas di neg­eri ini sejak 2009,

SARIKEI: Seorang guru wanita yang mengajar di Se­kolah Kebangsaan (SK) Jawa, Kerubong Selalang maut dalam satu kemalangan apabila kereta Kancil yang dipandu olehnya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda.


Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi semalam, di Jalan Pan Borneo iaitu kira-kira 19 kilometer dari pusat bandar Sarikei.

Sewaktu kejadian, guru terbabit, Norrozyana Nordin, 34, dalam perjalanan dari arah Sarikei menuju ke sekolah tempatnya berkhidmat mana­kala kereta pacuan empat roda terbabit pula dari arah Saratok menuju ke Sibu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Poni­man Margiman ketika di­hubungi semalam mengesa­hkan kejadian tersebut.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima daripada pe­mandu kenderaan pacuan em­pat roda terbabit, kejadian itu berlaku akibat kenderaan yang dipandunya bersama seorang penumpang hilang kawalan.

“Menurut laporan mereka, kenderaan mereka telah hilang kawalan disebabkan salah satu tayarnya pancit.

“Akibat kemalangan terse­but, guru terbabit yang men­galami kecederaan serius di beberapa bahagian penting badan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta pacuan empat roda itu pula hanya mengalami cedera ringan,” jelas Poniman.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah Sa­rikei yang dihubungi semalam mengesahkan bahawa Nor­rozyana adalah seorang guru yang bertugas di SK Jawa.

“Cikgu Norrozyana adalah seorang guru yang berasal dari Perak dan telah bertugas di neg­eri ini sejak 2009,” katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Harun Jenai yang ditemui di lokasi kejadian berkata pihak bomba menerima panggilan tentang kemalangan tersebut pada jam 7.11 pagi.

“Kesan rempuhan akibat ke­malangan tersebut menyebab­kan mangsa tersepit teruk dalam kenderaan yang dipand­unya dan keadaan itu memaksa pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei yang ter­diri daripada 10 orang anggota mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa,” kata Harun.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida