HomeSARAWAKHanya Najib Boleh Umum Senarai Akhir Calon Parti PBB - Abang Johari
randausarawak.net

Hanya Najib Boleh Umum Senarai Akhir Calon Parti PBB – Abang Johari

ABG-JOHARIKUCHING: Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan mempertahankan kesemua 14 kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga berkatapersoalan sama ada ahli Parlimen dari parti itu akan dikekalkan atau berpindahkawasan juga hanya akan diumumkan oleh Najib.

Pada PRU ke-12 pada 2008, PBB memenangi kesemua kerusi di 14 kawasan Parlimen iaitu Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjung Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.

“Saya tidak boleh mengesahkan sama ada penyandang kerusi Parlimen dari PBBakan terus menjaga kawasan masing-masing…hanya tunggu pengumuman Najibmerangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan sebahagian daripada 14 ahli Parlimen tersebut di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, di sini, Ahad.

Mesyuarat lebih dua jam itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga presiden parti berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata mesyuarat bersama ahli Palimen itu adalah bagi membincangkan persediaan jentera pilihan raya di kawasan yang diwakili mereka.

“Kita juga yakin dapat mempertahankan semua 14 kerusi Parlimen itu,” kata Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida