Harimau Bukit Besi ” Awang Besul ” Sudah Tiada

10

Seekor harimau yang digelar Awang Besul dimana kisahnya tular baru baru ini kini sudahpun tiada.

Perkara ini disahkan melalui laman facebook rasmi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia yang  memaklumkan bahawa Awang Besul telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya walaupun rawatan intensif dan terbaik telah diberikan kepada Awang Besul.

Awang besul menjadi bualan ramai apabila kehadiran raja rimba itu itu sempat dirakam penduduk dan pengguna jalan raya sebelum rakaman video dan gambar kejadian itu tular di media sosial.

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat itu, harimau belang berkenaan merayau-rayau di kawasan jalan raya.

Kenyataan Perhilitan

  1. Pada 19 Julai 2019, lebih kurang jam 3.45 petang, Jabatan PERHILITAN telah berjaya menangkap seekor Harimau Belang yang berkeliaran di sekitar Kampung Besul Lama, Bukit Besi Daerah Dungun, Terengganu. Pemeriksaan fizikal di lapangan pada 19 Julai 2019 menemukan kecederaan pada bahagian kaki, keradangan mata dan harimau berada dalam keadaan dehidrasi.
  2.  Harimau Malaya yang dikenali sebagai”Awang Besul telah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak pada 19 Julai 2019 bagi mendapatkan rawatan intensif daripada Doktor Veterinar Jabatan PERHILITAN dan dikuarantin.
  3. Pemantauan rapi di NWRC pada 20 hingga 23 Julai 2019 menunjukkan terdapat tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj. Rawatan yang diberikan adalah secara simptomatik atau pun rawatan sokongan. Persampelan darah, serum serta swab telah dilakukan dan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh Perak pada 21 Julai 2019 untuk ujian penuh. Keputusan virologi diterima pada 22 Julai 2019 menunjukkan”Awang Besur positif  “Virus Canine Distemper”  melalui ujian RT-PCR.
  4. Setelah pelbagai usaha intensif untuk merawat dan menyelamatkan “Awang Besul dijalankan, dukacita dimaklumkan pada 23 Julai 2019, lebih kurang jam 5.30 pagi,”Awang Besul”telah disahkan mati di NWRC oleh Doktor Veterinar Jabatan PERHILITAN dan Post Mortem akan dijalankan secepat mungkin.
  5. “Canine Distemper” adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing atau lain-lain hidupan liar termasuk spesies harimau. Jika penyakit ini terkena pada harimau ia akan menunjukkan tingkah taku tidak takut kepada manusia dan kebarangkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis. Pihak Jabatan tidak menolak kemungkinan “Canine Distemper”  yang dihadapi “Awang Besul” disebarkan oleh haiwan liar di sekitar Kampung Besul lama, Bukit Besi, Dungun Terengganu.
  6. Bagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar Kampung Besul  Lama, Bukit Besi, Dungun Terengganu, pihak Jabatan PERHILITAN masih memantau kawasan tersebut dan memasang perangkap
    harimau. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menyeru  orang ramai menyalurkan maklumat terus kepada Jabatan  PERHILITAN dengan menghubungi talian 1-800-88-5151 jika
    terserempak dengan harimau tersebut.

 

 

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here