Iftar Perdana AMK :- Kepimpinan Pemuda “ Berperang” Sesama Sendiri

8

Ketua sekretariat program Luqman Zainal Abidin hari ini tampil mempertahankan penganjuran program iftar perdana AMK Malaysia yang dihadiri lebih 62 orang Ketua AMK Cabang dan 500 orang ahli dari seluruh negara baru-baru ini.

“Kami merasa agak kesal kerana terdapat pelbagai usaha meremehkan usaha aktivis muda tatkala AMK dibelenggu dengan isu kepimpinan yang lemah dan tidak bertanggungjawab,” kata Luqman seperti yang diterbitkan portal Awani hari ini.

Menurut luqman lagi selepas berbuka, kesemua yang hadir di program tersebut menunaikan solat Isyak dan Terawih berjemaah.

Peserta juga membuat rakaman takbir raya, diperdengarkan tazkirah selain dipersembahkan dengan lagu raya oleh kumpulan KGB.

Program berkenaan  mencetuskan rasa kurang senang Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila beliau bertindak  memohon maaf berhubung tindakan Pemuda parti itu mengadakan program berbuka puasa seperti sebuah pesta.

Nama AMK Diguna Tanpa Perbincangan 

Naib Ketua AMK, Syed Badli Syah Syed Osman pula berkata program berkenaan dianjurkan Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham dengan menggunakan nama AMK tanpa perbincangan dengan pimpinan.

“Saya berasa sedikit lega kerana setelah melakukan semakan dengan Majlis Pimpinan AMK dan semua ketua-ketua AMK negeri, maka program yang dimaksudkan melampaui adab tersebut bukanlah anjuran AMK.

“Sebaliknya program tersebut dianjurkan oleh Timbalan Ketua AMK Hilman Idham dengan menggunakan nama AMK tanpa perbincangan sesama pimpinan mahupun mendapatkan persetujuan di dalam mesyuarat.

AMK Selangor Menjarakkan diri

Pemuda PKR (AMK) Selangor menjarakkan diri dengan Program Iftar Perdana bersama Timbalan Ketua AMK Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Komunikasi, AMK Selangor, Adzman Kamaruddin berkata, pihaknya memandang serius teguran Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung penganjuran program itu dengan “acara pesta-pestaan, pancaragam lagu dan bunga api”.

“AMK Selangor menafikan sebarang penglibatan di dalam program seumpama ini dan difahamkan bahawa acara ini merupakan acara persendirian bersifat peribadi yang dianjurkan oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia kepada penyokong-penyokong beliau serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan organisasi AMK Malaysia secara keseluruhannya.

“Sehubungan itu, kami menyeru seluruh anggota AMK Selangor khususnya yang beragama Islam untuk menumpukan diri menghayati hari-hari terakhir bulan Ramadan ini dengan pengisian amalan sunat seperti bersolat Tarawih, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Ia Tuduhan Jahat

Seorang pemimpin akar umbi Pemuda PKR (AMK) yang terbabit dalam penganjuran acara Ramadan sehingga menyebabkan presiden parti Anwar Ibrahim terpaksa memohon maaf menafikan bahawa majlis berkenaan tidak sesuai dianjurkan pada bulan suci ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya Program Iftar Perdana bersama Timbalan Ketua AMK Malaysia yang berlangsung didakwa seperti pesta dan terdapat unsur-unsur yang melawan norma-norma budaya Islam.

“Untuk pengetahuan, program tersebut yang julung kali diadakan bertemakan semangat perpaduan dan bersifat meraikan bulan Ramadan dengan konsep kesederhanaan bersama pimpinan AMK dan 600 alumni program perlatihan dan kepimpinan AMK,” kata wakil penganjur program itu, Akhram Ahmar, dalam satu kenyataan baru-baru ini

“Saya tekankan di sini, acara persembahan lagu raya hanya bermula ketika tetamu sedang menikmati jamuan moreh dan ketika sesi beramah mesra.

“Akhir kata dari saya, hentikan membuat tuduhan jahat. Sebagai orang muda kami terbuka menerima teguran. Cuma nasihat dari saya, teguran itu janganlah bersifat selektif dan melulu,” katanya.

umum mengetahui Hilman ada dari Kem Azmin Ali manakala ketua pemuda parti berkenaan adalah dari kem Rafizi Ramli yang juga adalah orang kuat Anwar.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here