HomeSARAWAKIkan Paus Hidup Ditemui Terdampar Di Bintulu
randausarawak.net

Ikan Paus Hidup Ditemui Terdampar Di Bintulu

ikan-paus-bintulu-1 ikan-paus-bintulu-2


BINTULU – Seekor ikan paus yang masih hidup ditemui terdampar di pantai Kuala Tatau awal pagi semalam oleh sebuah keluarga ketika mereka sedang berjalan-jalan di pantai berkenaan.

Rosmiros Mesral, 50, berkata beliau dan keluarganya mendapati ikan paus itu terdampar di tepi pantai dan tidak bergerak.

“Pada mulanya saya tak sangka objek besar itu ikan paus tetapi bila mendekati objek itu, saya dapati ia seekor ikan paus dan saya terus panggil suami serta anak-anak saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata ikan paus itu mula bergerak selepas anak lelakinya menyiram air di kepala mamalia berkenaan.

“Ekor ikan paus mula bergerak dan saya sekeluarga terkejut melihat di mata ikan paus itu ada air mata mengalir.

“Simpati dengan keadaan ikan paus itu, kami sekeluarga cuba menolaknya supaya dapat ke laut semula tetapi mengalami kesukaran, namun sekitar jam 11 pagi, ikan paus itu dapat ditolak ke laut semula,” katanya.

Rosmiros menyifatkan kejadian itu sebagai ganjil kerana belum pernah ada kejadian ikan paus terdampar di pantai Kuala Tatau sebelum ini.

“Saya dilahirkan di Bintulu, dan ini kali pertama kejadian pelik ini berlaku, mungkin faktor cuaca dan keadaan laut menyebabkan ikan paus itu terdampar,” katanya.

Berita penemuan ikan paus itu tersebar luas di media sosial sejak semalam sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan.

Antara lain, kebimbangan kemungkinan berlaku tsunami dan ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena semasa musim tengkujuh.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida