HomeSARAWAKBERITAJames Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19
randausarawak.net

James Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

Timbalan Ketua Menteri Sarawak , James Jemut Masing meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.


Memetik laporan Astro Awani, Masing, 72, dipercayai meninggal dunia di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 Sept lalu.

Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebentar lagi untuk urusan bedah siasat.

Masing merupakan veteran politik yang amat disegani.

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Adenan Satem dan Abang Johari Openg.

Selain itu, Masing turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Berusia 72 tahun pada 5 Mac lalu, Masing dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 28 Sept sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.

Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, pada 31 Mei, adiknya Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Masing yang merupakan graduan Victoria University mula terlibat dalam politik pada 1983 apabila menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh atas tiket Parti Bansa Dayak Bersatu.

Sejak itu, beliau bertahan di kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal di bawah lambang PRS.

Antara jawatan yang pernah dipegang beliau sebelum ini adalah Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida