HomeSARAWAKKaji Khasiat Terung Asam Sarawak
randausarawak.net

Kaji Khasiat Terung Asam Sarawak

Penari tradisional Sarawak menunjukkan pelbagai jenis buah Terung Asam Sarawak pada majlis pelancaran produk tersebut di Kuching
Penari tradisional Sarawak menunjukkan pelbagai jenis buah Terung Asam Sarawak pada majlis pelancaran produk tersebut di Kuching

Penyelidik pertanian di Sarawak perlu mengkaji pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada buah Terung Asam Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.


Beliau berkata penyelidikan tidak sepatutnya hanya terbatas kepada buah sahaja tetapi juga bahagian lain pokoknya, yang telah dikeluarkan sijil Petunjuk Geografi (GI) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Daripada tangkai, daun dan pucuknya, kita perlu mengetahui pelbagai khasiat dan kegunaannya (pokok dan buah terung asam),” katanya semasa melancarkan produk Terung Asam Sarawak di sini Jumaat.

Menurutnya, usaha untuk meningkatkan nilai tambah produk Terung Asam Sarawak juga perlu dipergiatkan lagi.

“Malah (rasa) Terung Asam Sarawak yang telah diproses kering sama seperti produk mangga kering dari California,” katanya.

Jabu, yang juga Menteri Permodenan Pertanian negeri berkata potensi bagi produk-produk Terung Asam Sarawak dibangunkan adalah besar menerusi penyelidikan dan pembangunan yang sedang dijalankan.

Jabu menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran produk Terung Asam Sarawak di Kuching
Jabu menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran produk Terung Asam Sarawak di Kuching

Katanya setakat ini terung asam telah dijadikan jus, makanan dinyahhidratkan dan malahan ais krim dan bahan untuk membuat kek lapis Sarawak.

“Sekiranya kita dapat memasarkannya ke luar negara, produk-produk ini boleh mendapat harga tinggi,” katanya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida