Kakitangan Imigresen ditemukan maut

7

Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran pejabat Jabatan Imigresen Bintulu, Jalan Tun Razak, Sarawak kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurut portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, siasatan awal mendapati mangsa berumur 34 tahun, merupakan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Bintulu, Sarawak.

“Siasatan yang kita jalankan mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kes ini,” jelasnya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu, Sarawak untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here