HomeSARAWAKBERITAKami Bukan Serdadu Siber, Kata Badan Media Sosial Sarawak
randausarawak.net

Kami Bukan Serdadu Siber, Kata Badan Media Sosial Sarawak

Wan Abdillah Edruce Datuk Seri Wan Abdul Rahman

Anggota Pertubuhan Media Sosial Sarawak, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bukanlah serdadu siber seperti anggapan sesetengah pihak, kata presiden pertubuhan, Wan Abdillah Edruce Datuk Seri Wan Abdul Rahman.


Sebaliknya beliau berkata matlamat utama pertubuhan itu ialah untuk berhubung dengan orang ramai menerusi dunia siber di samping menolong menyebarkan maklumat tentang dasar dan program kerajaan ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata anggota pertubuhan itu boleh memainkan peranan kerana tidak ramai orang dapat menghadiri seminar atau bengkel yang dianjurkan di kawasan bandar atau punya akses ke dalam internet atau media untuk mendapatkan maklumat.

“Melalui slogan ‘satu suara, satu kasih sayang’ kami cuba mendengar suara rakyat, masalah mereka, cuba memahami dan akhirnya menolong mereka dengan apa cara yang boleh,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini Rabu.

Wan Abdillah Edruce berkata tidaklah tepat pertubuhannya itu digelar sebagai serdadu siber untuk menolak tuduhan pembangkang melalui dunia siber, lebih baik anggotanya menolong orang ramai memahami antara lain program transformasi kerajaan, soal sosio ekonomi, rekreasi dan bidang pendidikan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida