HomeNASIONALKampung Batu Puteh di Sabah rangkul Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Dunia
randausarawak.net

Kampung Batu Puteh di Sabah rangkul Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Dunia

Kampung Batu Puteh yang terletak di hilir Sungai Kinabatangan, Sabah meraih Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia, yang julung kali diperkenalkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), di Madrid, Sepanyol, semalam.


Pengumuman rasmi dan majlis penganugerahan berlangsung semalam dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi Koperasi Ekopelancongan Komuniti Batu Puteh Abdul Sanih Nasri, yang menerima anugerah itu daripada Setiausaha Agung UNWTO, Zurab Pololikashvili.

Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata, kejayaan Kampung Batu Puteh adalah hasil usaha gigih pihak koperasi komunitinya yang mempunyai 350 ahli dan pemegang saham meliputi penduduk desa, nelayan dan petani yang menceburi ekopelancongan dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar.

Usaha sama itu yang diketuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Model Pelancongan Masyarakat Berekologi Mampan (MESCOT) bersama Miso Walai Homestay, yang pernah menerima anugerah inap desa terbaik, menawarkan pengalaman pelancongan budaya berasaskan komuniti yang tersusun, menurut MOTAC.

Sementara itu, susulan anugerah berprestij berkenaan Nancy berkata Batu Puteh adalah model pelancongan luar bandar, ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti bertanggungjawab yang berjaya, yang sentiasa dipromosikan secara meluas oleh Malaysia.

“Bidang pelancongan ini merupakan antara kekuatan utama negara memandangkan kita dikurniakan dengan begitu banyak aset semula jadi, warisan dan kepelbagaian budaya,” katanya.

Bagi Malaysia, beliau berkata pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi peluang kepada permulaan baharu berikutan terdapat peningkatan minat terhadap pelancongan “bandar kedua” dan penerokaan destinasi yang kurang dikenali.

“Saya percaya ini adalah waktu terbaik untuk mempromosikan ‘permata tersembunyi’ dalam negara kita, kerana pelancong dijangka lebih gemar kepada destinasi berasaskan alam semula jadi dengan gaya hidup yang relaks dan udara segar,” tambah Nancy.

Beliau juga memuji UNWTO kerana memperkenalkan anugerah itu tepat pada masanya.

“Anugerah dan pengiktirafan ini akan membawa maksud yang lebih besar dan menjadi kebanggaan dalam kalangan perusahaan kecil dan mikro tempatan yang membentuk majoriti perusahaan pelancongan di rantau Asia Pasifik,” katanya.

— BERNAMA

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida