Tindakan pantas kapten bot ekspres Sibu-Kapit selamatkan penumpang

7

Tindakan pantas kapten bot ekspres Sibu-Kapit selamatkan penumpang

KAPTEN bot ekspres di Kapit, Sarawak bertindak pantas bagi menyelamatkan penumpang apabila air mula memasuki bot menerusi lubang di bilik enjin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, bot tersebut bertolak dari Sibu pada kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad, dalam perjalanan ke Kapit dengan 18 penumpang.

“Menurut maklumat yang diterima oleh orang awam, bot tersebut tiba di Kanowit selepas sejam. Ia bagaimanapun melanggar objek besi semasa menghampiri pontoon, mengakibatkan bilik enjin berlubang,” katanya.

Penumpang kemudian segera dipindahkan keluar bersama barang mereka.

Sementara itu, kapten itu segera membawa bot ke tebing sungai bertentangan, sejauh kira-kira 1 kilometer.

Kesemua 18 penumpang kemudian meneruskan perjalanan ke Kapit menggunakan bot lain. – The Star

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here