HomeNASIONALKerajaan Akan Beri Penghormatan Kepada Kanang Anak Langkau
randausarawak.net

Kerajaan Akan Beri Penghormatan Kepada Kanang Anak Langkau

KENANGAN... Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Khamis di Hospital Umum Sarawak. 
Beliau yang berusia 68 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
KENANGAN… Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Khamis di Hospital Umum Sarawak. 
Beliau yang berusia 68 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kerajaan akan memberi penghormatan kepada pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung pada awal pagi Khamis.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk memberi penghormatan kepada mendiang di Sarawak pada Ahad ini.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengarahkan saya untuk meminta pegawai-pegawai pertahanan untuk melakukan persiapan bagi penghormatan kepada mendiang.

“Kerajaan negeri (Sarawak) juga akan mengkoordinasikan majlis penghormatan ini. Kami mengenang Kanang Anak Langkau kerana jasa-jasa beliau bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga kepada negara kita ketika beliau berkhidmat sebagai salah seorang anggota tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Malaysia Siri 32/2012 di sini, Khamis.

Kanang meninggal dunia pada usianya 65 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 1.45 pagi Khamis selepas mengadu sakit dada ketika menonton televisyen di kediamannya di Kampung Sungai Apong sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Ahmad Zahid berkata, beliau mengenali Kanang secara peribadi dan merasakan kehilangan seorang teman yang merupakan seorang pahlawan negara.

Menurut Ahmad Zahid, jasa budi Kanang akan dikenang kerana mendiang berkesempatan untuk meriwayatkan perjuangan beliau menerusi beberapa wawancara dan pengkisahan.

“Saya agak terkilan kerana filem yang bertajuk ‘Kanang Anak Langkau’ belum sempat disiapkan. Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah filem berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang sedia ada untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum.

“Pengriwayatan beliau dalam bentuk wawancara, buku dan filem adalah sebagai mengenang jasa beliau dan menjadikan contoh kepada para pegawai dan anggota tentera yang lain,” katanya.

Kanang dianugerahkan dengan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 7 Jun 1987 dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (PSP) pada 3 Jun 1981 daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini mendiang merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah terbesar negara itu.

Kanang merupakan Pengesan Jejak Iban (Iban Tracker) pada 21 April 1962 sebelum diserapkan ke Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 dan beliau bersara dengan jawatan terakhirnya dalam ATM sebagai Pegawai Waran 1, selepas 21 tahun berkhidmat.

Antara perjuangan beliau yang menjadi kebanggaan negara apabila berani menentang komunis ketika bersama ATM dari 1962 hingga 1963.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida