HomeSARAWAKPOLITIKKerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - PM Anwar
randausarawak.net

Kerajaan Perpaduan: Terima Kasih Ahmad Zahid, Abang Jo – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali “diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO.

Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya,” katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari.

VIDEO berkaitan:

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar memiliki sokongan daripada 148 Ahli Parlimen ketika ini, dengan 30 daripadanya merupakan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Konvensyen berkenaan dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida