Ketua AMK Santubong Akui Dirinya Di Dalam Video Menteri

5

Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK) Santubong yang juga Setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin hari ini membuat pengakuan gempar menamakan dirinya sebagai orang yang dilihat bersama seorang lelaki mirip seorang menteri kanan dalam beberapa klip video seks yang tersebar luas sejak semalam.

Muhammad Haziq Aziz memuat naik video berdurasi 30 saat itu pada kira-kira 3.00 pagi tadi, dan turut menamakan menteri berkenaan, yang juga seorang pemimpin kanan PKR.

Haziq merupakan setiausaha sulit kanan kepada Shamsul.

Menurutnya, kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil baru-baru ini.

Haziq turut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri berkenaan.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya.

Pengakuan video itu bakal menyaksikan skandal terbesar melibatkan kerajaan Pakatan Harapan sejak kemenangan pilihan raya umum tahun lalu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here