Kisah ‘ Crocodile Rangers ‘ Si Penumpas Buaya

2

Pasukan pemburu buaya berlesen yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘crocodile rangers’ berjaya menumpaskan tiga ekor buaya di Sungai Niah, pada awal pagi Ahad lalu.

Jurucakap pasukan ‘Team Smart Export’ itu, Bryan Yong memberitahu ketiga-tiga ekor buaya tersebut, masing-masingnya berukuran 17.5 kaki, 16.5 kaki dan 12 kaki, ditangkap antara tengah malam sehingga pukul 2 pagi, 19 Mei lalu.

Katanya, kini dengan adanya pasukan ‘crocodile rangers’, penduduk tempatan yang berasa takut atau terancam dengan kehadiran buaya boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap buaya tersebut.

“Kita tidak mengenakan bayaran untuk menangkapnya dan penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai dan berasa terancam dengan kehadiran buaya di tempat mereka boleh menghubungi pasukan kami,” katanya lapor portal Utusan Borneo baru-baru ini.

Kejayaan penangkapan buaya oleh pasukan berkenaan tular di media-media sosial, di sini sejak semalam dengan ramai yang tertanya-tanya, di mana dan bila ia berlaku.

Sebahagian persoalan terjawab selepas Bryan sendiri memuat naik gambar kejayaan operasi mereka itu di media sosial petang Selasa.

Meskipun sudah mendapatkan lesen memburu yang sah daripada pihak berkuasa tempatan pada tahun lalu, namun pasukan itu hanya dapat menjalankan operasi mulai tahun ini disebabkan masalah kakitangan berpengalaman.

Sementara itu, Sarawak Forestry (SFC) mengesahkan pasukan itu mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 untuk memburu 10 ekor buaya air tawar di Sungai Niah, Sungai Kuala Baram, Sungai Baong dan Sungai Kejapil. Tempoh pemburuan adalah dari 10 April hingga 31 Oktober, 2019. – Utusan Borneo

Bryan boleh dihubungi di talian 014-8389999 atau 010-5450909.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here