KISAH HANTU RAYA DALAM MASYARAKAT MELAYU

4

Hantu Raya merujuk kepada sejenis makhluk yang dipelihara dengan tujuan membantu melakukan kerja dan juga untuk membalas dendam dengan cara memudaratkan pihak musuh. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya. Pemeliharaan makhluk ini lebih dikenali sebagai saka belaan yang akan diwarisi secara turun-temurun.

Sementara itu mengikut semakan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka hantu raya merujuk kepada hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya ( (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kebiasaannya Hantu Raya akan dikawal oleh tuannya, arahan-arahan atau tugas yang diberikan kepada hantu raya adalah melakukan kerja yang berat yang tak terdaya dilakukan oleh manusia. Walau begitu, Hantu Raya juga akan diberikan arahan untuk merasuk tubuh manusia.

Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. Hantu Raya yang dipelihara perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak/sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Dikabarkan juga oleh orang-orang lama sekiranya hantu raya ini  tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan akan menyerang tuannya sendiri.

Menurut kepercayaan orang-orang tua lagi, Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Hantu Raya Ialah ia mampu melakukan kerja berat dengan tenaga seperti lima orang pemuda, boleh menjelma sebagai manusia dan haiwan dan boleh membinasakan musuh atau orang yang dibenci oleh tuannya.

kisah hantu raya juga telah banyak dipertontonkan melalui pelbagai karya sama ada melalui novel dan juga filem dan yang terbaru pastinya kisah Hantu kak limah 2018 yang merupakan sekual filem karya dan arahan mamat khalid.

Di tahun 2020 ini pula rupanya ada sebuah lagi filem yang menceritakan kisah seperti hantu raya ini, dan seperti biasa bila kisah seram seperti ini ianya turut mengundang minat pelbagai lapisan masyarakat untuk membicarakan hal terbabit.

Menarik mengenai  filem ini, ianya mengisahkan sedutan rakaman video yang ditanyangkan melalui versi whatsApp, dimana sekumpulan wartawan dijemput masuk ke dalam satu kumpulan yang dinamakan Jemputan raya. Selepas beberapa siri ataupun triller dari sedutan filem berkenaan dikongsikan,  akhirnya ianya mencetuskan tanda tanya…

DENGAN SIAPAKAH LELAKI ITU MELAKUKAN AKSI YANG TIDAK SENONOH ?  KERANA SALAH SEORANG PELAKU DI DALAM ADEGAN BERKENAAN TIDAK MENGAKUI ITU DIRINYA

adakah individu berkenaan Hantu raya seperti mitos yang wujud di alam melayu ini, atau ianya bukan sebuah kisah mitos lagi ??

Lebih mengejutkan Peguam negara turut menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis dikaitkan dengan seorang menteri dan Haziq Aziz kerana pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu terbabit dalam klip video yang tersebar pada Jun tahun lalu.

 

 

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here