HomeSARAWAKCOVID-19Lagi ahli Parlimen positif Covid-19
randausarawak.net

Lagi ahli Parlimen positif Covid-19

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan perkara tersebut pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19, memetik laporan Borneo Post.


“Setakat yang kita ketahui sekarang, seorang pembantu menteri dan seorang ahli Parlimen disahkan positif Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil disahkan positif Covid-19, dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada Khamis malam bagi mendapatkan rawatan.

Dr Jerip yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong berkata, beliau dijangkiti virus itu dengan kontak yang dikaitkan dengan persidangan gereja, Good News Fellowship Conference Church, baru-baru ini.

Ahli Parlimen lain positif Covid-19 adalah Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan telah discaj, manakala Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong masih menjalani rawatan. – The Star

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida