Lagi Bidasan Kepada Menteri Kewangan Isu Sarawak Bakal Muflis

4

Seorang penganalisis ekonomi hari ini turut membidas kenyataan Menteri Kewangan ekoran kenyataannya bahawa kerajaan sarawak Bakal Muflis.

Melalui Laman Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya menulis :-

 

TONGONG

Lim Guan Eng dalam satu majlis DAP Sarawak malam tadi memberikan amaran, Sarawak mungkin akan bangkrap dalam tempoh 3 tahun jika GPS terus mentadbir. Sifir beliau mudah, belanjawan tahunan Sarawak adalah RM11 bilion. Disebabkan rizab Sarawak adalah RM30 bilion, maka ia akan habis dalam tempoh 3 tahun [1]

Dia gini la. Saya tak pernah lagi jumpa orang tongong macam ni. Mana dia mengaji sampai buat kira-kira seperti ini?

Belanjawan Sarawak pada tahun 2019 adalah RM11.91 bilion (perbelanjaan) berbanding RM 10.51 bilion hasil. Bermakna defisit RM1.5 bilion.

Benar defisit, tapi apa puncanya? Puncanya bila Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2019 hanya memperuntukkan RM4.35 bilion bagi pembangunan Sarawak berbanding lebih RM5 bilion untuk Sabah.

Maka tidak dapat tidak, kekurangan kerajaan Persekutuan ini ditampung oleh negeri. Mereka menyediakan RM9.07 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dengan RM6.05 bilion daripadanya dikhususkan kepada kawasan luar bandar.

Tak pernah berlaku lagi dalam sejarah, kerajaan negeri berbelanja lebih besar (2 kali ganda) dari kerajaan pusat untuk membangunkan tanah air. Tapi ini berlaku pada zaman PH memerintah.

Sarawak juga ada kuasa dari sudut cukai jualan petroleum. Negeri-negeri Semenanjung tak ada. Benda ini termaktub dalam Jadual 10 Perkara V (7) Perlembagaan Persekutuan. 5% cukai jualan petroleum Sarawak saja, kerajaan pusat dah kena bayar RM4 bilion. Kalau cukai itu dinaikkan kepada 10%, dah jadi RM8 bilion. Bajet dah surplus.

Satu lagi. Bajet kerajaan Persekutuan 2019 adalah RM314.5 bilion. Pakai logik Guan Eng, Malaysia akan bangkrap tahun depan sebab rizab BNM cuma RM426 bilion. Tak boleh fikir ke?

Saya nak pesan kepada Lim Guan Eng. Kamu tu Menteri Kewangan. Setiap perkataan kamu walaupun hanya bertaraf retorik bodoh akan memberikan kesan kepada keyakinan pelabur. Macam mana pelabur nak yakin untuk berniaga di Sarawak kalau Menteri Kewangan kata negeri itu akan bangkrap?

Kau isap gam ke yang mengarut sangat bercakap ni?

 

tulisan berkenaan adalah diambil dari tulisan peribadi Beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi editor RandauSarawak.net

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here