Lagi Kisah Pemandu Grab Dicederakan , Kali ini di Sarawak pula

5

Seorang pemandu grab , nyaris terbunuh selepas diserang penumpang dengan tukul dan senapang angin di Jalan Matang, Kuching, Sarawak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I-P-K Sarawak, SAC Dennis Leong, mangsa yang berumur 40an itu dikatakan telah diserang seorang penumpang lelaki warga asing.

Siasatan awal mendapati suspek mahu mangsa menghantarnya ke Jalan Rembungan.
Kemudian, suspek meminta untuk memberhentikan kereta di tepi jalan, sebelum menyerang mangsa.

Mangsa dikatakan telah dihentak dengan tukul pada bahagian kepala kemudian ditembak dengan senapang angin sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

SAC Dennis yang dihubungi pemberita turut mengesahkan buat masa ini, pihaknya sedang giat mengesan suspek di kawasan terbabit. Motif serangan bagaimanapun belum dapat dikenalpati.

Malah satu Ops Tutup telah dilancarkan di kawasan berkenaan bagi memburu penjenayah warga asing tersebut.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here