HomeSARAWAKLapan Terselamat Helikopter Mendarat Cemas di Tengah Laut Dekat Bintulu
randausarawak.net

Lapan Terselamat Helikopter Mendarat Cemas di Tengah Laut Dekat Bintulu

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Dua juruterbang dan enam pekerja pelantar minyak terselamat selepas helikopter yang dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut berikutan cuaca buruk berdekatan pesisir pantai Bintulu pada Khamis.


Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Mohd Said Ibrahim berkata ketika kejadian helikopter jenis Sikorsky S-76 yang disewa sebuah syarikat petroleum sedang meninjau lokasi penggalian minyak dan gas di kawasan perairan terbabit.

“Helikopter dipandu dua rakyat tempatan itu sedang melakukan tinjau lokasi untuk menggali minyak dan gas. Bagaimanapun akibat cuaca buruk pendaratan cemas terpaksa dilakukan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis

Mohd Said berkata kesemua mangsa bernasib baik diselamatkan sebuah kapal yang kebetulan berada di kawasan berkenaan sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius, dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Miri, katanya

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida