Laporan Kanak-Kanak Diculik Palsu – PDRM

5

Warga kota Kuching, digegarkan dengan berita yang mengejutkan bahawa kononnya seorang kanak-kanak dan seorang remaja telah di culik oleh dua individu yang tidak dikenali pada semalam.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dave Kumar M.M Sree berkata, laporan yang dilakukan oleh Kakak kepada mangsa adalah laporan palsu dan mendedahkan kedua-dua remaja dan kanak-kanak telah lari dari rumah.

Kejadian culik itu dikatakan berlaku sekitar pukul 3.15 petang di simpang Kopodim, Jalan FAC di Matang, dipercayai rekaan semata-mata untuk melarikan diri.

Tambahnya, pihak polis ketika menyiasat kes tersebut, tiada van putih atau lelaki bertopeng yang melarikan dua kanak-kanak yang didakwa oleh pengadu.

Berkenaan itu, pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu kerana membuat laporan palsu selain telah membimbangkan ibu bapa kepada keluarga dan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

Tegasnya, beliau menasihati masyarakat agar tidak membuat kesimpulan dengan menularkan perkara yang tiada kesahihan kepada masyarakat luar.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here