HomeSARAWAKBERITALelaki Maut Ketika Diurut Di Pusat Refleksologi
randausarawak.net

Lelaki Maut Ketika Diurut Di Pusat Refleksologi

Gambar hiasan
Gambar hiasan

MIRI: Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah pusat refleksologi di sini, lewat malam Ahad.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 12.01 malam itu, Yap Kien Bun, 41, berasal dari Perak dikatakan tidak sedarkan diri semasa badannya diurut di pusat berkenaan.

Katanya, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan pekerja pusat berkenaan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Miri.

“Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya pada Isnin.

“Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida