Mahasiswa Dibelasah di Kuantan

3
Seorang mahasiswa sebuah institut pengajian tinggi dibelasah sekumpulan lelaki di pekarangan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan malam tadi.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun itu dikatakan didatangi kira-kira 12 lelaki yang menumbuk muka mangsa dan menendangnya.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dihubungi bapa saudara bekas tunangnya kira-kira jam 8 malam untuk mengadakan pertemuan bersamanya di restoran makanan segera tersebut.
Sumber berkata, mangsa juga meminta agar individu tersebut membawa bekas tunangnya sebelum dia didatangi tiga buah kereta.

Video Pergaduhan yang viral di media Sosial

Tambahnya, kumpulan lelaki dalam kereta berkenaan bertindak menyerang mangsa dan rakannya dengan tiba-tiba selepas salah seorang daripada mereka bertanyakan nama mangsa.
Kejadian itu menyebabkan mangsa dan rakannya cedera sebelum laporan polis dibuat.
Sementara itu, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, beberapa suspek yang terbabit dalam pergaduhan itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here