Majlis Senator Pula Tolak Cadangan Menteri Bawa BTS Ke Malaysia

5

Hasrat Kementerian Belia dan sukan (KBS) di bawah menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menerbangkan kumpulan K-pop, VTS je Malaysia terus ditentang. Kali ini tentagan diterima pula dari Majlis Senator Malaysia.

Majlis Senator Malaysia sebulat suara tidak bersetuju dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan Kpop, BTS ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Presidennya, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad berkata, cadangan itu dilihat kurang bijak dalam mempromosikan kepelbagaian budaya tempatan termasuklah industri muzik kepada pelancong asing.

Katanya, jika Malaysia mahu memperkenalkan negara ini, seharusnya kerajaan mempelbagaikan lagi segalanya daripada penggiat-penggiat tempatan, termasuk artis-artis tempatan.

Tambahnya, perkara ini akan dikemukakan terus kepada pihak kementerian yang terlibat, terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, dalam masa terdekat.

April lepas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad dilaporkan berkata dengan kedatangan BTS, ia mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini.

Malah katanya, ia dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara serta mengubah trend agar Malaysia menjadi pilihan destinasi konsert antarabangsa.

Sebelum ini beberapa artis tanahair juga turut menempelak idea Menteri KBS itu di laman fb dan juga twitter

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here