HomeSARAWAKBERITAMangsa bot berlanggar di Batang Igan ditemui menggunakan 'sait'
randausarawak.net

Mangsa bot berlanggar di Batang Igan ditemui menggunakan ‘sait’

MUKAH – Mayat seorang lelaki yang hilang selepas dua bot berlanggar di Batang Igan, di daerah kecil Igan semalam ditemukan hari ini.


Mayat mangsa, Sulai Api, 55, ditemui penduduk kampung yang menjalankan usaha mencari dengan kaedah ‘sait’ (menggunakan rotan yang ditarik di dasar sungai) kira-kira 500 meter dari lokasi pelanggaran di Kampung Kebuau, dalam daerah Matu itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke pangkalan feri Igan untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, bot yang dinaiki mangsa telah berlanggar dengan bot yang dinaiki oleh dua lelaki lain iaitu Borhan Bisei, 27 dan Roslan Macan, 30-an pada lebih kurang 5.30 petang Sabtu.

Kedua-dua lelaki itu terselamat namun Sulai hilang selepas perlanggaran itu.

Polis Daro yang menerima laporan tersebut kemudiannya memaklumkan pihak Bomba Mukah pada pukul 10.34 malam bagi memohon bantuan mencari dan menyelamat mangsa.

JBPM yang menghantar sebuah bot dengan lima anggota memulakan operasi mencari dan menyelamat pada 8.45 pagi hari ini.

Turut membantu, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan sebuah bot, tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Matu dan kira-kira 100 penduduk kampung yang menggunakan 40 bot.

maut-bot-berlanggar-batang-igan.jpg

maut-bot-berlanggar-batang-igan2.jpg

Terkini / Latest

PRN SARAWAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida