HomeSARAWAKBERITAMangsa ragut, diheret tapi lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton
randausarawak.net

Mangsa ragut, diheret tapi lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton

AKIBAT RAGUT: Mangsa menunjukkan luka di sikunya dalam kejadian tersebut.

SIBU: Lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton ketika seorang wanita berpaut pada beg tangannya sambil diheret peragut, pagi Selasa lalu.


Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berketurunan Cina merupakan seorang ibu berumur dalam lingkungan lewat 40-an baharu sahaja keluar dari keretanya untuk ke sebuah poliklinik di Jalan Oya di sini.

Menurut saksi wanita yang baharu keluar dari poliklinik tersebut, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang cuba merampas beg tangannya, namun mangsa bertindak memeluk erat beg tangannya pada dadanya.

“Saya hairan kerana orang ramai yang berada di kedai kopi berdekatan tidak seorang pun mahu membantu mangsa yang sedang bertarung nyawa dengan dua peragut di situ,” kata saksi yang enggan dikenali.

Wanita terbabit yang kurang jelas pendengaran selepas telinganya dirawat di poliklinik pagi tersebut, pada awalnya memikirkan ada orang sedang bergaduh di kawasan berkenaan.

Mangsa mungkin ada menjerit meminta tolong tetapi tiada seorang pun orang awam tampil membantunya, katanya.

Menurutnya lagi, seorang lagi rakan suspek yang menunggu di atas motosikalnya dekat situ turut menuju ke arah mangsa kelihatan seolaholah mahu memukul mangsa dengan topi keledarnya.

Mungkin kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa melepaskan begnya kepada dua peragut tersebut yang terus memecut lari dari situ.

Mangsa bukan sahaja menanggung kerugian wang tunai, kad ATM dan beberapa dokumen peribadi penting, namun juga mengalami kecederaan di bahagian tangan, siku dada, lutut dan kakinya akibat diheret sejauh 20 kaki di jalan di pusat komersil di situ.

Hanya telefon bimbit mangsa yang terjatuh dari beg tangannya semasa pergelutan itu dijumpai semula oleh mangsa.

Saksi berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana sedang mendukung anak kecilnya.

Mangsa kemudiannya ditemani oleh saksi pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai insiden tersebut.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida