Masjid Al-Ghazali, Masjid Yang Dibina Dari Mangsa MH-17

10

Sebuah masjid dibangunkan hasil duit pampasan waris yang terkorban akibat nahas MH17 penerbangan MAS di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014 kini sudah boleh digunakan

Masjid Al-Ghazali – MH -17 , iaitu Masjid yang Terletak di Jalan Depo Petrajaya tidak jauh dari SMK Semerah Padi itu mengingatkan kita mengenai tragedi pesawat MH-17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine suatu masa lalu.

Pandangan dari udara masjid yang sudah sedia untuk digunakan

Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit.

Menurutnya, pembinaan peringkat awal Surau Al-Ghazali merangkumi ruang solat utama, ruang solat wanita, tandas, tempat wuduk, pejabat dan tempat meletak kenderaan.

Katanya, surau yang dibina dengan kos kira-kira RM3.5 juta itu mampu menampung 450 jemaah pada satu-satu masa.

“Ahli keluarga yang terdekat sebulat suara mewakafkan wang pampasan semua mangsa agar dapat menjadi dana akhirat mereka. Semoga Allah merahmati kesemua arwah,” katanya.

pandangan dari dalam masjid Al-Ghazali

Sekeluarga yang maut dalam nahas MH17 itu adalah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Ketika nahas, mereka yang berasal dari Kuching dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas Tambi menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun dengan syarikat Shell di Kazakhstan.

Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh ketika melalui ruang udara sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai 2014 sekali gus mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

semoga semua roh yang terkorban di dalam tragedi berkenaan ditempatkan bersama para syuhadah… alfatihah..

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here