Maut selepas beli barang dapur

4

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Kampung Mang di sini semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.30 malam dan mangsa dikenali sebagai Muliadi Ahmad, 39, dari Kampung Jayaria, Kota Samarahan, Sarawak.

“Mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah pasar Taman Desa Ilmu menuju balik ke arah Kampung Mang, Kota Samarahan.

“Setibanya di Jalan Kampung Mang, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terlanggar pokok kayu di sebelah kanan bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Alexson, akibat kemalangan, mangsa mengalami cedera di kepala dan tangan kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli barang keperluan dapur.

“Keadaan di tempat kejadian adalah jalan lurus dan gelap kerana ketiadaan lampu jalan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here