HomeSARAWAKPOLITIKMawan Letak Jawatan, Tubuh Parti Baharu Di Sarawak
randausarawak.net

Mawan Letak Jawatan, Tubuh Parti Baharu Di Sarawak

mawan


Sekurang-kurangnya 11 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengisytiharkan keluar parti bagi menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Kepemimpinan parti baharu itu berikrar menyokong perjuangan BN.

Terdahulu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan dan pemimpin kanan SUPP yang juga Ketua Bahagian Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh meletak jawatan pada Khamis.

Kedua-dua Mawan dan Soon Koh berstatus menteri dalam kerajaan Sarawak.

Terkini, jejak kedua-dua pemimpin itu diikuti Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George Lagong yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Teras.

Selain itu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Ahli Parlimen mewakili parti berkenaan juga meletak jawatan untuk menubuhkan parti berkenaan.

Penubuhan parti itu menjadikan ia yang kedua terbesar dalam kalangan komponen BN Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.

Mawan ketika ditemui wartawan berkata, beliau bukan ‘kapten’ yang terjun dari kapal, sebaliknya pemimpin yang berdepan dengan pergolakan dalam partinya sendiri.

Selain itu, Soon Koh pula mendakwa beliau ‘dipaksa’ keluar daripada SUPP.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida