HomeSARAWAKBERITAMembetul kesilapan salah pilih k’jaan perlu masa: @MukhrizMahathir
randausarawak.net

Membetul kesilapan salah pilih k’jaan perlu masa: @MukhrizMahathir

MIRI: Membetulkan kesi­lapan kerana tersalah pilih kerajaan yang memerintah memerlukan tempoh yang panjang untuk dikesali.Timbalan Menteri Perda­gangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir tidak mahu rakyat memperjudikan masa depan mereka semata-mata untuk merasai perubahan pem­bangunan di bawah kerajaan pakatan pembangkang.


“Rakyat perlu bimbang akan masa depan anak cucu kita boleh diperjudikan. Seja­rah bukan hanya dalam negara tetapi peringkat antarbangsa membuktikan kalau tersilap pilih pihak yang memerintah, kesannya bukan pendek, tetapi berpanjangan, dan nak membetulkan kesilapan kekadang memakan masa yang lama.

“Kita selalu menyatakan bahawa hendak membina tamadun begitu payah tetapi membinasakan sekelip mata sahaja,” jelas beliau.

Mukhriz ditemui di lobi Hotel Miri Marriott Resort and Spa (MMRS) lewat malam kel­marin dalam rangka lawa­tannya menemui masyarakat Penan di Long Sayan dan Taman Negara Mulu selama sehari semalam.

Anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, amat sukar untuk pembangkang mengecapi kejayaan seperti BN kerana pembangunan tidak berlaku dengan sekelip mata atau dengan hanya cakap-cakap kosong.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah berkata, walaupun nampak mudah tetapi hak­ikatnya kemajuan negara memakan masa yang lama bermula dari tempoh pen­jajahan selama 450 tahun dan tempoh kemerdekaan negara selama 55 tahun.

“Tetapi hendak meng­hancurkannya lagi cepat. Jadi cakap itu mudah, saya ingat pembangkang ini tujuan­nya ialah cuba mengaburi pemikiran rakyat, kononnya kejayaan yang kita kecapi selama ini, mudah nak dibuat tetapi sekiranya kalau mereka diberi peluang belum tentun­ya boleh berjaya seperti mana kita tunjuk,” tegasnya.

Berbanding tempoh 50 tahun lalu, katanya, hidup rakyat di negara ini sekarang bertambah baik dan kerajaan Barisan Na­sional (BN) juga berjaya men­gurangkan kadar kemiskinan rakyat daripada lebih 50 peratus di bawah garis kemiskinan pada era 70-an kepada hanya tiga peratus sekarang.

Keupayaan Malaysia menga­tasi masalah kemiskinan rakyat dianggap sebagai dasar paling berjaya di dunia dan mendapat pengiktirafan agensi-agensi antarabangsa termasuk Pro­gram Pembangunan Pertu­buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), jelasnya.

“Jadi memanglah pihak tertentu boleh mempoli­tikkannya tetapi ia tidak akan mengatasi masalah. Ada pihak yang mungkin ambil kesempatan menuduh kerajaan kononnya gagal meringankan beban rakyat yang memerlukan.

“Tetapi seperti mana yang berlaku di mana-mana, ia bersifat berperingkat-pering­kat. Kita tidak boleh dari keadaan daif dan sekelip mata hidup mata hidup mewah,” ujarnya.

Mengulas tentang lawatan ke Mulu, Mukhriz berkata ia merupakan peluang kepada beliau untuk memahami send­iri isu-isu rakyat khasnya di kawasan pedalaman.

Sebagai sebuah negeri yang luas, katanya, Sarawak me­merlukan banyak bantuan daripada kerajaan pusat untuk membangun secara menyelu­ruh dan seimbang termasuk kebajikan rakyatnya yang pelbagai kaum.

“Dari kaca mata sebagai anak Kedah, kita pun nak lihat apa keadaan sebenar di Sarawak, kekadang kita rasa apa kurangnya Sarawak dan Kedah. Kita bermacam-macam masalah tetapi keka­dang kita tak sedar Sarawak begitu luas.

“Contohnya soal anak nak ke sekolah jalan kaki, naik bot rentas sungai, rentas titi sampai mengambil risiko nak ke sekolah setiap pagi. Itu bila kita cerita dengan kawan, macam tak percaya keadaan ini masih wujud di Malaysia,” jelasnya.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida