MP Puncak Borneo sahkan Kerajaan PH Telah Runtuh

17

“Kerajaan PH telah runtuh sebentar tadi kerana Parti Bersatu semua sudah keluar PH.”

Itu kenyataan ringkas Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin menerusi entri terbaharunya di Facebook pada Isnin.

Kenyataan tersebut sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas pada 23 Februari capai keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Ia ditambah dengan penyerahan surat perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

Menerusi kenyataan sama, Willie turut memohon maaf kepada semua pengundi yang telah memberi mandat kepadanya untuk menjadi Ahli Parlimen Puncak Borneo.

Willie juga memohon agar warga Puncak Borneo mendoakan yang terbaik dalam menyelesaikan isu yang melanda negara ketika ini demi rakyat dan negara.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here