HomeSARAWAKMuhyiddin Puas Hati Dengan Persediaan BN Sarawak - Stephen Rundi
randausarawak.net

Muhyiddin Puas Hati Dengan Persediaan BN Sarawak – Stephen Rundi

Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja tiba dalam rangka lawatan kerja beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini. Turut sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri)
Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja tiba dalam rangka lawatan kerja beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.
Turut sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri)

KUCHING  — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dan yakin dengan persediaan jentera pilihan raya parti komponen BN di negeri ini, kata Setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi.


Beliau berkata keyakinan tersebut dizahirkan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, selepas mendengar taklimat tertutup lebih dua jam dengan pemimpin BN negeri, di sini, Ahad.

“Dalam taklimat tadi semua parti komponen senada menyatakan telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa sahaja.

“Semua parti telah memberikan angka-angka dan statistik yang diperlukan, kita yakin boleh menang dengan begitu baik dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas taklimat tertutup itu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, tiba di sini untuk lawatan kerja tiga hari ke negeri itu.

Mengulas mengenai senarai akhir calon, Rundi berkata perkara tersebut tidak dibincangkan sebaliknya lebih tertumpu kepada kesiapsiagaan BN negeri bagi menghadapi PRU ke-13.

Sementara itu, Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut menyuarakan keyakinan bahawa BN akan memperolehi majoriti mudah dua pertiga pada PRU nanti.

“Secara umumnya, saya yakin akan ada hasil yang baik pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan parti komponen BN menyandang 29 kerusi manakala dua oleh parti DAP.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida