HomeSARAWAKBERITANahas Eurocopter EC120 - Mayat dua mangsa ditemui
randausarawak.net

Nahas Eurocopter EC120 – Mayat dua mangsa ditemui


Mayat dua daripada tiga penumpang helikopter milik Sebiro Holdings yang terhempas di Sungai Triso, Sri Aman kelmarin telah ditemui semalam.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soong, kedua-dua mayat tersebut yang dikenal pasti Siti Khuzaimah Anwar, 27, dan Peter Ato Mayau, 53, ditemui dalam gerakan mencari dan menyelamat di dua lokasi berlainan.

“Mayat Khuzaimah telah ditemui terapung di kawasan perairan dekat Meludam sekitar jam 11.15 pagi, manakala mayat Peter pula ditemui selang beberapa jam kemudian berdekatan Kampung Tebelu, Sebuyau pada kira-kira jam 2.30 petang.

“Kedua-dua mayat ditemui lengkap berpakaian tanpa jaket keselamatan di tubuh,” katanya sambil menambah, beliau tidak menolak kemungkinan helikopter tersebut tidak memiliki jaket keselamatan.

Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Simunjan terlebih dahulu sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.

Gerakan mencari dan menyelamat

Gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi penumpang, Henry Loh yang belum ditemui masih diteruskan semalam.

Ketiga-tiga mangsa semasa kejadian dikatakan menaiki sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang diterbangkan oleh seorang lelaki warga Jerman iaitu Rico Steger, 35.

Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sebuah sekolah di Nanga Merit, Kapit.

Dalam insiden tersebut, Rico berjaya menyelamatkan dirinya dengan berenang selama lebih empat jam merentasi arus sungai tersebut sebelum tiba di jeti Kampung Tebelu sekitar jam 12.30 pada hari kejadian. Menurut laporan akhbar tempatan semalam, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada keadaan cuaca serta masalah teknikal.

Operasi mencari dan menyelamat tersebut telah disertai Polis, Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta penduduk tempatan.

Anak Peter Ato tidak dapat menahan kesedihan ketika mayat mendiag ditemui.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida