HomeSARAWAKBERITANahas Eurocopter EC120 : Mayat Mangsa Terakhir Ditemui
randausarawak.net

Nahas Eurocopter EC120 : Mayat Mangsa Terakhir Ditemui

Henry Loh

KUCHING: Mayat Henry Loh, mangsa ketiga kejadian helikopter terhempas di Sungai Triso dekat Sebuyau dijumpai terapung di laut dekat Pulau Triso kira-kira pada jam 7.40 pagi tadi.


Mayat yang lengkap berpakaian dan tanpa jaket keselamatan itu dijumpai oleh penambang di lokasi kira-kira setengah jam perjalanan bot dari pekan Sebuyau.

Penemuan itu terus dimaklumkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat mangsa terakhir nahas helikopter milik Sebiro Holdings itu disahkan oleh saudara mangsa.

“Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan,” katanya.

Difahamkan mayat mangsa dibawa terus ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat.

Semalam dua mayat mangsa helikopter yang sama dijumpai pada masa dan tempat berasingan.

Mayat Siti Khuzaimah Anwar ditemui kira-kira pada jam 11 pagi ditemui terapung di kawasan perairan dekat Maludam.

Manakala mayat Peter Ato Mayau dijumpai terapung di perairan berhampiran Kampung Tebelu, Sebuyau kira-kira pada jam 2 petang.

Insiden helikopter jenis Eurocopter EC 120 itu berlaku pada pagi Jumaat ketika ia mengangkut tiga mangsa terbabit dari Kuching ke Nanga Merit, Kapit atas urusan kerja.

Juruterbang warga Jerman Rico Steger terselamat dalam nahas tersebut selepas berenang empat jam sebelum sampai ke Tebelu, Sebuyau.

Sementara itu, beberapa pemimpin negeri dilihat menziarahi jenazah juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, di kediamannya di sini.

Antaranya Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Sng Chee Hua iaitu Pengerusi Sebiro Holdings, pemilik pesawat Eurocopter EC 120 malang itu.

Jenazah Siti Khuzaimah yang merancang untuk berkahwin pada Disember ini akan dikebumi petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah jurutera Peter Ato Mayo, 53. Ketiga-tiga mereka dalam penerbangan untuk meninjau projek di Nanga Merit, Kapit. Juruterbang pesawat warga Jerman Rico Steger, 35, berjaya diselamatkan oleh nelayan selepas berenang hampir empat jam dalam arus deras.

 

 

 

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida