HomeSARAWAKBERITANahas ngeri ragut lima nyawa di Sri Aman Sarawak
randausarawak.net

Nahas ngeri ragut lima nyawa di Sri Aman Sarawak

MENGERIKAN: Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di dalam kereta Kancil yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori pembancuh simen dalam kemalangan di kawasan San Raba, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Tiga wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kemalangan ngeri di antara sebuah ke-reta Kancil dan lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei dekat sini, pagi semalam.


Kemalangan maut yang berlaku sekitar jam 9.05 pagi di kawasan San Raba itu turut menyebabkan seorang lagi wanita dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami ke-cederaan parah.

Mereka yang terkorban ialah pemandunya Mohd Richell (Rachell Nyaring), 22, Santi Abdullah, 19, (isteri Rachell), Jamillah Ali, 24, Jamayah Ali, 24, (kembar) dan Nur Raymie Abdullah berusia satu tahun.

Manakala mangsa yang ce-dera parah ialah Janggah Hamiyah, 47, (ibu mentua Rachell) dan Rudi Minggat Abdulah yang berumur satu tahun lebih dan merupakan anak kepada Rachell.

Menurut sumber, kesemua mangsa yang terdiri daripada satu keluarga itu dalam perjalanan dari Engkilili menuju ke Sri Aman.

ā€œKenderaan yang dinaiki semua mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan di kawasan San Raba lalu bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen dari arah Sri Aman.

ā€œLima daripada mereka terbunuh serta-merta, manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan,ā€ katanya.

Dua mangsa yang meng-alami kecederaan parah masih dirawat di Unit Kecemasan Hospital Bahagian Sri Aman, tambahnya.

Kesemua mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik mayat hospital untuk tinda-kan lanjut.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

ęƒŠé­‚é¬¼ęœˆ ꗠäŗŗ驾驶č½æč½¦č”—å¤“ä¹±ę’ž

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida