Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis

0

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi #RegimMahathir #RegimPH
———————–
Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah mengemukakan saman terhadap tiga individu tertinggi dalam kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas, atas dakwaan bersikap prejudis kepada bekas Perdana Menteri itu semasa siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

Menurut laporan Reuters hari ini, dua lagi individu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Tiga saman itu difailkan minggu lalu, namun maklumat mengenai perkara tersebut hanya didedahkan kepada Reuters, kelmarin.

Menurut Badrul Abdullah yang mengetuai firma guaman mewakili Najib, saman itu dibuat berdasarkan beberapa kenyataan oleh tiga individu tersebut sebelum ini.

“Kami mahu mendapatkan keputusan mahkamah tentang sama ada terdapat unsur-unsur konflik kepentingan antara individu yang mengendalikan kes ini atau tidak,” katanya kepada Reuters.


Rujukan:
http://pakdin.my/tag/sprm

http://pakdin.my/tag/shukri-abdull

http://pakdin.my/tag/tommy-thomas

Loading...

33 COMMENTS

  1. yeyyy. akhirnya. dgr pun. kan aku kata saman ja depa tu. lawan depa. kurang ajar sgt. nk dakwa org. xdak bukti. bg alasan. tiba2 sruh ikat jamin sampai 1 juta. ehhh kepundekkkan apekah ha???????

  2. Mmg patut saman depa 3 tu …..undang2 ape krjaan bru guna mcm tu …belum ada undang2 dunia sita hrta seseorg klau bkti x kukuh …sedang kn mkamah pun belum putus kn kesalah sebenar …tp seluruh hrta kluarga dtk sri njib d beku …undang2 dunia mana mcm tu ….kecuali undang2 israil je mcm tu ….kasih saman semua nya yg sebumbung dgn ph ….

  3. Bagus saman 3 org pekak ni. 3 pegawai ni terlalu kurang ajar, sombong dan bongkak. Akan adalah drama nangis menangis dalam mahkamah. Lakonan Shukri, BanglaAmar dan Tomas ni. Jgn buat org marah, puncanya anda bertiga. Barang2 yg di rampas ada cop 1MDB ke?. Akaun2 dibekukan ada ke statement kata 1MDB. Kalau xde bukti cakap je la xde bukti. Apesal takut sgt dgn PMKutty?

    "SAIYA AMAT TIRKEJUT LA DINGAN PENYAMANAN YINNI."

  4. DSN sememangnya mahu mereka percepatkan isu 1MDB dengan cara saman mereka.

    Kalau betul DSN bersalah dia akan terima hukuman..TETAPI jika benar dia difitnah mampuslah wahai mahacai PH merangkaklah kau di Padang Masyar..Di dunia pun belum tentu selamat.

  5. BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.

    Lebih kurang 500 tahun Tanahair terjajah, Wahai PARA Beriman yang bistari budiman, Dengar, Hayati.. AMANAT Bapa Kemerdekaan TANAH MELAYU kini MALAYSIA, Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah pilihanNYA

    semoga Sekelian diangerahi HIDAYAH dikurnia TAUFIQ. PINTU HATI dibuka dengan 1 VISI mesti Nak, ALLAH

    Ya ALLAH, Ampuni segala dosa-dosa kami tunjukilah anugerahkan Yang HAQ.
    WALHAMDU LILLAHI RABBIL ALAMIN.

    https://youtu.be/YkqLwtbGaQ0

    BiSIRil Al FATIHAH.
    ALLAHUAKBAR

    Sila Sebarkan. Please Share. Semoga dipelihara keluarga anak cucu cicit keturunan semua dilindungiNYA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here