HomeSARAWAKBERITA@NajibRazak Akan Temui Orang Ramai Di Pasar Besar Sibu Jumaat Ini
randausarawak.net

@NajibRazak Akan Temui Orang Ramai Di Pasar Besar Sibu Jumaat Ini


SIBU, 25 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berada selama kira-kira sejam di Pasar Besar Sibu Jumaat ini untuk beramah mesra dengan orang ramai yang membeli-belah di pasar awam yang dipercayai terbesar di Malaysia itu.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King berkata para peniaga di pasar itu sungguh teruja dan tidak sabar menanti kedatangan hari yang bermakna itu.

“Kami juga menjemput pemimpin masyarakat setempat dan orang ramai untuk datang ke sana sebelum pukul 7.30 pagi kerana perdana menteri dan rombongan beliau dijangka tiba pada pukul 8 pagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan majlis itu di sini pada Rabu.

Pasar itu mempunyai 1,100 gerai tetap dan antara 200 hingga 250 “tamu” atau gerai pribumi serta terkenal sebagai pasar yang mempunyai pengurusan paling cekap di negara ini.

Ini merupakan kunjungan ketiga Najib ke situ, setelah mengunjunginya pada 23 Feb dan 13 Mei 2010.

Terkini / Latest

BERITA

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida