Nama Anak Speaker Dewan Rakyat Tiada Lagi Dari Direktori Kementerian Kewangan

43

Selepas tular di media sosial mengenai kedudukan anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof yang menjadi Setiausaha akhbar kepada Menteri Kewangan, nama Mohamad Lutfi Hakim Bin Mohamad Ariff,  hari ini  tiada lagi dari laman derektori kementerian Kewangan.

Melalui semakan admin pada jam 4.00 petang ini nama Mohamad Lutfi Hakim Bin Mohamad , yang memegang  jawatan setiausaha akhbar kini tidak lagi berada di dalam Direktori kementerian Kewangan https://www.treasury.gov.my/index.php/hubungi-kami/direktori-pegawai.html

tangkapan layar dari laman web rasmi MOF

 

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau tidak akan bertindak berat sebelah walaupun anaknya merupakan setiausaha akhbar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Ini bukan perkara yang saya nak sorok, memang (anak saya bekerja dengan Lim), tapi anak saya 31 tahun, mungkin 32 tahun sekarang dan dia bebas bekerja di mana dan di bawah siapa pun.

“Jadi, ini saya ingat bukan penting. Yang penting sama ada saya bertindak secara bebas, tidak dipengaruhi sesiapa saja. Saya tak anggap perkara ini serius, ia normal,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian selepas ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) membangkitkan persoalan banyak pihak mempertikaikan keputusannya semalam menolak usul merujuk Lim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengenai isu pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mengelirukan Dewan Rakyat.

adalah menjadi kemuskilan apabila pihak pentadbir laman rasmi kementerian kewangan memadam nama anak kepada speaker Dewan Rakyat dari direktori rasmi kementerian.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here