Nelayan Hanyut 6 Hari Ditemui Selamat

9

Berpantang maut sebelum ajal, itulah gambaran yang dihadapi seorang nelayan yang hanyut selamat 6 hari sebelum berjaya ditemui oleh komuniti nelayan di Bintulu semalam.

Mangsa yang hanyut semenjak 13 mei lalu itu berjaya ditemu Komuniti nelayan di Kuala Sibuti pada jam 8.15 pagi berhampiran Kuala Sibuti Miri sejauh lebih kurang 65 batu nautika dari Bintulu.

Mangsa, Aziz Ja’afar Atahar,69, ke laut berseorangan dengan menaiki bot dan enjin 15 kuasa kuda pada jam 7.30 malam 13 Mei namun dilaporkan hilang semasa sedang menangkap ikan di perairan laut Bintulu semasa dalam keadaan hujan.

Ia berpunca daripada enjin bot mangsa yang mengalami kerosakan dan kehabisan minyak sehingga bot mangsa dihanyut oleh arus laut selama enam hari.
Menurut Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Bintulu Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil, mangsa ditemui oleh komuniti nelayan di Kuala Sibuti Miri yang turut bersama-sama dalam usaha pencari awal pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati bot yang dinaiki mangsa telah mengalami kerosakan pada enjin dan hanyut kira-kira 55 batu nautika dari kedudukan terakhir mangsa hilang pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu di Jepak hari ini.

Katanya, mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Kampung Jepak di sini oleh anggota Maritim Malaysia Zon Miri bagi tindakan susulan sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Pihaknya mendapat pengesahan daripada keluarga mangsa dan yang lain sekali gus operasi ditamatkan sekitar jam 9 pagi ini.

Menurutnya, Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu mengucapkan terima kasih kepada agensi SAR melibatkan dan seluruh komuniti maritim di Bintulu dan Miri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha pencarian sehingga mangsa ditemui selamat hari ini.

Beliau turut menggesa komuniti maritim terutama di Bintulu supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca buruk pada masa ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Timbalan PPM Bintulu Inspektor Irwanshah Sahili, pegawai JBPM Zon Bintulu dan APM Bintulu serta anggota-anggota Maritim Malaysia Zon Bintulu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here