HomeSARAWAKBERITANota nombor kad pengenalan mangsa bunuh petunjuk kepada tangkapan 2 suspek suami...
randausarawak.net

Nota nombor kad pengenalan mangsa bunuh petunjuk kepada tangkapan 2 suspek suami isteri

SIBU: Dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kes mayat wanita yang dijumpai terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah bagasi di Jalan Aman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang sekitar 2.30 petang.


“Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua orang suspek yang merupakan kenalan kepada mangsa.

“Kedua-dua suspek didapati positif terlibat dalam kes ini akan direman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika ditemui hari ini.

Stanley berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Heng Mieow Lin, 37, dijumpai orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak hospital sekitar 6.45 pagi.

Menurutnya, pasukan perubatan Hospital Sibu yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa ketika ditemui.

Katanya lagi, dua helai tuala turut ditemui berhampiran mayat wanita yang berpakaian berbaju T berwarna kelabu dan seluar panjang tanpa kasut atau selipar.

“Polis percaya mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan yang nyata namun bahagian muka dan leher didapati kehitaman dan ada lebam,” jelasnya.

Katanya lagi, polis juga menjumpai dokumen iaitu dua helai kertas dalam tulisan bahasa Cina yang terdapat nama dan nombor kad pengenalan mangsa yang kemungkinan ditulis kepada seorang anaknya.

“Dua nota ditulis dalam bahasa Cina ditemui berhampiran mayat, dengan satu daripadanya dengan nombor MyKad dengan kod negeri ’08’ dipercayai dari Perak,” dedah beliau.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut melalui nombor kad pengenalan mendapati mangsa ada beberapa rekod yang menjurus kepada maklumat dan tertangkapnya dua suspek tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh sementara menunggu laporan bedah siasat yang akan ditetapkan tarikh kelak,” ujarnya lagi.

Kelmarin polis menemui mayat seorang wanita yang dipercayai dalam lingkungan 30an dijumpai dalam keadaan kaki di dalam bagasi di Jalan Aman di sini, sekitar 6.45 pagi tadi. Bersama mayat terdapat dua nota ditulis dalam bahasa Cina ditemui berhampiran mayat, dengan satu daripadanya dengan nombor MyKad dengan kod negeri ’08’ dipercayai dari Perak.

—————————-

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida