HomeSARAWAKBERITANotis SPR Bagi Cadangan Persempadanan Semula Di Sarawak Sah - Peguam
randausarawak.net

Notis SPR Bagi Cadangan Persempadanan Semula Di Sarawak Sah – Peguam

spr-aziz-persempadanan


Notis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi Sarawak yang disyorkan adalah sah, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu pada Khamis.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata notis itu bertujuan untuk memaklumkan kepada orang awam tentang kesan cadangan persempadanan semula yang disyorkan SPR itu dan hak pengundi untuk membuat representasi berdasarkan salinan cadangan SPR itu dan bukan notis itu.

Katanya cadangan yang disyorkan itu memberikan lebih banyak butiran terperinci manakala notis itu hanya menyatakan kesan cadangan yang disyorkan itu.

Amarjeet berkata Seksyen 4, Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan SPR menerbitkan dalam sebuah akhbar untuk menyatakan kesan cadangan yang disyorkan suruhanjaya itu dan salinan cadangan itu terbuka untuk semakan di tempat spesifik dalam kawasan-kawasan pilihan raya.

Katanya tafsiran hakim Mahkamah Tinggi dalam melayani notis itu sebagai asas untuk membuat representasi adalah tidak diperlukan, dan menurutnya hakim telah melangkaui apa yang dihasratkan dalam seksyen itu (Seksyen 4).

“Seksyen itu hanya menetapkan syarat untuk memaklumkan kesan daripada cadangan yang disyorkan. Hakim, bagaimanapun, mentafsirkan seksyen itu mensyaratkan SPR perlu mendedahkan butiran terperinci yang akan membolehkan orang awam untuk tahu sama ada mereka terjejas olehnya dan mempunyai locus standi untuk membuat representasi,” kata Amarjeet.

Beliau juga berkata perkara itu bukan litigasi kepentingan awam dan responden – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How dan seorang pengundi di Ulu Baram, Pauls Baya tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk mengambil tindakan dalam kapasiti untuk mewakili semua pengundi di negeri Sarawak.

Bantahan terhadap perubahan kawasan pilihan raya itu dibuat oleh pengundi di kawasan masing-masing, dan menurutnya sebanyak 64 representasi dibuat bagi membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Peguam Datuk Dr C.V. Das, mewakili para responden, berhujah pengundi perlu diberikan maklumat terperinci berhubung kawasan mereka diletakkan untuk mengundi dan tentang bagaimana mereka terjejas oleh persempadanan semula itu.

“Tanpa butiran terperinci dalam notis dan draf pelan kawasan pilihan raya, sukar bagi orang awam untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak perlembagaan mereka dan didengar dalam pendengaran setempat,” katanya.

Beliau berkata menerusi persempadanan semula itu, 11 kawasan baharu diwujudkan daripada 71 kawasan sedia ada.

Seorang lagi peguam yang mewakili responden, Datuk S. Ambiga berkata notis yang dipaparkan oleh SPR adalah mengelirukan yang mungkin akan menyebabkan pengundi fikir yang mereka tidak terjejas dan akhirnya memutuskan untuk tidak membuat bantahan terhadap persempadanan semula itu.

Peguam mewakili kerajaan negeri Sarawak, Datuk J.C. Fong berkata tiada bukti bahawa responden telah membuat aduan di dalam kawasan masing-masing berhubung persempadanan semula itu.

SPR merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei tahun ini yang mengarahkan SPR mengeluarkan semula notis tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak kerana notis sebelumnya kekurangan butiran terperinci.

Pada 25 Mei tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie mengeluarkan perintah tambahan dan mengisytiharkan notis persempadanan semula SPR adalah tidak sah dan batal dan notis itu tidak mematuhi Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengarahkan SPR mengeluarkan semula notis cadangannya dengan “mematuhi sepenuhnya ketetapan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan”.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Mohd Zawawi Salleh menangguhkan keputusan mereka ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Beliau berkata mahkamah memerlukan masa untuk menelitinya dan mungkin akan menyampaikan keputusan dalam masa satu atau dua minggu selepas Aidilfitri, dan pihak-pihak yang berkenaan akan dimaklumkan.

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida