HomeSARAWAKBERITAOdy Chica Rito Di Tahan Muat naik Maklumat Palsu Rogol Di Miri
randausarawak.net

Ody Chica Rito Di Tahan Muat naik Maklumat Palsu Rogol Di Miri

MIRI: Polis menahan seorang mekanik kereta berusia 23 tahun kerana membuat catatan palsu dalam Facebook dengan mendakwa seorang wanita dirogol dan dibunuh di bandar raya ini.


Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata suspek dari Long Atap, Akah Ulu Baram, ditahan di sini pada pukul 11.30 malam tadi berikutan laporan polis dibuat selepas catatan tersebut ditular di media sosial pada Rabu.

“Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati catatan itu adalah palsu kerana tidak ada kes rogol dan bunuh berlaku di bandaraya Miri semalam,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama di sini pada Khamis.

Menurutnya, telefon bimbit suspek turut dirampas bagi tujuan siasatan.

Beliau berkata, suspek dan pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Ody Chica Rito’ telah memuat naik gambar seorang wanita ditemui terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah jalan di sini, semalam.

Khoo berkata suspek juga telah memuat naik gambar tersebut di laman Facebook Miri Community II dan Miri City Community semalam sehingga menyebabkan imej itu ditular dalam media sosial.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa mangsa telah dirogol dan dibunuh sebelum dicampak berdekatan sebuah restoran makanan segera di bandar raya ini.

Katanya, catatan palsu itu telah menimbulkan kebimbangan dan panik dalam kalangan orang awam di sini.

Menurutnya, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat catatan palsu di media sosial.

20170216-ody-chica-rito-rogol-palsu-miri

Terkini / Latest

BERITA

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari

PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum

Popular

COVID-19

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif

Sarawak 2022 state budget provides room for business community to return to normalcy

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

惊魂鬼月 无人驾驶轿车街头乱撞

Penyelidikan saintifik – Buah dabai sangat kaya dengan kandungan antioksida